Page 206 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 206
yang sama, perbelanjaan berdasarkan Fungsi perkhidmatan & produk kesihatan
menunjukkan bahawa perbelanjaan untuk perkhidmatan rawatan kuratif adalah
sebanyak RM41, 100 juta (68 peratus) TEH. Perkhidmatan rawatan kuratif merangkumi
perkhidmatan pesakit dalam, pesakit luar dan penjagaan harian. Ini diikuti oleh
perbelanjaan untuk membeli barangan perubatan (9 peratus) yang dibekalkan
terutamanya oleh penjual atau pembekal ubatan dan barangan perubatan yang lain.
Penerbitan tahunan laporan teknikal NHA menyediakan maklumat penting dalam
usaha untuk membantu meningkatan pemahaman trend perbelanjaan kesihatan
Negara. Laporan ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai sumber
dana perbelanjaan kesihatan, distribusi dan jenis-jenis perkhidmatan kesihatan yang
wujud dalam sistem kesihatan Negara.
Seperti yang dinyatakan dalam laporan KKM yang terdahulu, MNHA turut mengambil
langkah ke arah pengunaan System Health Accounts 2011 (SHA 2011) yang baharu.
Selaras dengan ini, data siri masa Perbelanjaan Kesihatan Malaysia untuk tahun 1997
hingga 2018 berdasarkan kerangka kerja SHA 2011 juga telah dianalisa dan di jana
pada tahun 2019.
Rajah 6.1
Jumlah Perbelanjaan Kesihatan Negara 1997 hingga 2018
Sumber: Seksyen MNHA, Bahagian Perancangan, KKM
LAPORAN TAHUNAN
196 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019