Page 205 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 205
SEKSYEN MALAYSIA NATIONAL HEALTH ACCOUNTS (MNHA)
Akaun Kesihatan Negara (NHA) menyediakan maklumat penting perbelanjaan
sistem kesihatan negara untuk kegunaan penggubal dasar kesihatan negara dalam
pengagihan peruntukkan sumber secara efisien. Untuk mencapai tujuan ini, Seksyen
Malaysia National Health Accounts (MNHA) telah diwujudkan. Sejak penubuhan
seksyen ini telah banyak menganalisa dan menyediakan data perbelanjaan kesihatan
peringkat makro berdasarkan aliran perbelanjaan dana kesihatan dan seterusnya,
menjana antara maklumat lain seperti peratus perbelanjaan kesihatan dalam ekonomi
negara, beban perbelanjaan kesihatan sebagai out-of pocket (OOP) dan perbelanjaan
kesihatan bagi perkhidmatan primary health care. Data-data ini dihasilkan bukan
sahaja untuk membantu penggubal dasar, tetapi juga untuk kegunaan para penyelidik
dan pihak berkepentingan yang lain.
Rangka Kerja MNHA adalah berdasarkan klasifikasi antarabangsa System of Health
Accounts (SHA 1.0) yang diadaptasi dengan beberapa pengubahsuaian untuk
memenuhi keperluan dasar dan sistem kesihatan negara. Selari dengan klasifikasi
SHA 1.0, MNHA telah mengklasifikasikan perbelanjaan kesihatan ke dalam tiga (3)
dimensi utama: Sumber kewangan (Source), Penyedia perkhidmatan & produk
kesihatan (Provider) dan fungsi perkhidmatan & produk kesihatan (Function).
Sumber kewangan adalah entiti secara langsung yang mengeluarkan dan mengatur
perbelanjaan kesihatan. Penyedia perkhidmatan & produk kesihatan adalah semua
entiti yang menghasilkan atau menyediakan barangan dan perkhidmatan penjagaan
kesihatan. Fungsi perkhidmatan & produk kesihatan menunjukkan perbelanjaan
untuk beberapa perkhidmatan kesihatan utama seperti rawatan kuratif termasuk
perbelanjaan untuk perkhidmatan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.
MNHA - PERBELANJAAN KESIHATAN 1997 HINGGA 2018
Pada tahun 2019, MNHA telah menjana data siri masa Perbelanjaan Kesihatan
Malaysia untuk tahun 1997 hingga 2018 (data 22 tahun). Jumlah perbelanjaan
kesihatan Malaysia (TEH) pada tahun 1997 adalah sebanyak RM8,556 juta dan
sebanyak RM60,147 juta adalah pada tahun 2018 (Rajah 6.1). Perbelanjaan kesihatan
Malaysia sebagai peratusan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun
2018 adalah 4.2 peratus. Pelbagai sumber kewangan untuk perkhidmatan kesihatan
dikenal pasti dan dikategorikan sebagai sumber kewangan dari sektor awam atau dari
sektor swasta. Sepanjang siri masa tahun 1997 hingga 2018, perbelanjaan di kedua
sektor awam dan swasta menunjukkan trend menaik di mana perbelanjaan kesihatan
oleh sektor awam tetap lebih tinggi daripada swasta (Rajah 6.2).
Analisa mengenai perbelanjaan kesihatan dari segi penyedia perkhidmatan & produk
kesihatan bagi tahun 2018, menunjukkan bahawa perbelanjaan di Hospitals and
Ambulatory health care providers hampir 76 peratus daripada TEH. Pada tahun
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 195