Page 202 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 202
Aktiviti Masa Tujuan
Seminar SDG oleh DOSM Jun Kemas kini data kepada DOSM bagi
(Jabatan Perangkaan Malaysia) 2019 SDG UHC
Sign-off dokumen S.C.O.R.E Oktober Penghantaran data kepada WHO
2019 untuk dokumen S.C.O.R.E
Mesyuarat Jawatankuasa Oktober Kemas kini aktiviti di peringkat
Pemandu SDG 2019 nasional dan hala tuju SDG seterusnya
Sumber: Seksyen Perancangan Dasar Dan Pelan Kesihatan (PDPK), Bahagian Perancangan, KKM
LAPORAN HUMAN RESOURCES FOR HEALTH (HRH) COUNTRY PROFILES
Bahagian Perancangan telah menerbitkan dua (2) laporan Human Resources for
Health Country Profiles Tahun 2013 dan Tahun 2015 dengan kerjasama Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO). Satu mesyuarat telah diadakan pada Ogos 2019 yang lalu
melibatkan pelbagai pemegang taruh terdiri dari wakil Bahagian-Bahagian di KKM
dan agensi luar bagi membincangkan penyediaan laporan Human Resource For Health
Country Profile 2015 to 2018 selari dengan Global Strategy On Human Resources For
Health: Workforce 2030 yang diterbitkan pada tahun 2016. Laporan ini dijangka akan
diterbitkan pada tahun 2020.
Berkaitan dengan ini juga, wakil Bahagian Perancangan telah menghadiri satu
mesyuarat “Improving Health Workforce Management for Universal Health Coverage”
oleh WHO pada Jun 2019.
SEKSYEN NATIONAL HEALTH FINANCING (NHF)
National Health Financing (NHF) merupakan seksyen di bawah Bahagian Perancangan
yang memainkan fungsi mengkaji, merancang, membangunkan dan memantau
transformasi sistem kesihatan Malaysia khususnya aspek pembiayaan sistem
kesihatan. Pada tahun 2019, pelbagai aktiviti dijalankan oleh NHF seperti pemantauan
pelaksanaan Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40) yang dikendalikan ProtectHealth
Corporation Sdn. Bhd. (PHCorp) melalui Jawatankuasa Governans, Pemantauan &
Penilaian (GMEC), kolaborasi bersama Joint Learning Network (JLN) dan berperanan
sebagai sekretariat bagi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Peringkat Kluster
Kesihatan.
SKIM PEDULI KESIHATAN UNTUK KUMPULAN B40 (PeKa B40)
PeKa B40 telah dilancarkan dengan jayanya pada 15 April 2019. Sehingga 31 Disember
2019, seramai 223,522 orang penerima manfaat telah berjaya menjalani saringan
kesihatan sama ada di 1,633 klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 atau 895
klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.
LAPORAN TAHUNAN
192 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019