Page 203 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 203

PeKa B40 menawarkan empat (4) pakej manfaat yang merupakan saringan kesihatan,
               bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang
               pengakutan. Untuk manfaat bantuan alat perubatan pula, sebanyak 4,298 permohonan
               melibatkan kos sebanyak RM18.4 juta telah diluluskan, sebanyak 1,144 permohonan
               insentif melengkapkan rawatan kanser dengan nilai RM343,200 telah diberikan, dan
               sebanyak 5,159 permohonan insentif tambang pengangkutan berjumlah RM584,563
               telah pun disalurkan untuk semua penerima manfaat yang layak.

               Pelbagai usaha  telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran golongan sasaran
               tentang kebaikan skim ini, merangkumi pelbagai sesi libat urus dengan kementerian-
               kementerian dan agensi-agensi yang berkait rapat dengan kumpulan B40.

               JAWATANKUASA GOVERNANS, PEMANTAUAN & PENILAIAN (GMEC)


               Jawatakuasa  Governans,  Pemantauan  dan  Penilaian  atau  Governance,  Monitoring
               &  Evaluation  Committee  (GMEC)  telah  ditubuhkan  oleh  KKM  pada  tahun  2019
               bertujuan memantau dan menilai prestasi ProtectHealth Corporation (PHCorp) serta
               pelaksanaan PeKa B40.


               GMEC dipengerusikan  oleh  Timbalan  Ketua  Pengarah  Kesihatan  dari  Pogram
               Penyelidikan  &  Sokongan  Teknikal  (PS&T)  KKM.  Keahlian  jawatankuasa  ini  terdiri
               daripada pegawai tertinggi dari Jabatan Akauntan Negara, Ahli Akademik, Penasihat
               Undang-Undang, Unit Integriti dan Pejabat Menteri Kesihatan.  Manakala Seksyen
               NHF telah dilantik sebagai urusetia.


               KOLABORASI DENGAN RANGKAIAN PEMBELAJARAN BERSAMA (JLN)

               KOLABORASI Dengan Rangkaian Pembelajaran Bersama atau Joint Learning Network
               (JLN)  merupakan  rangkaian  pengamal  dan  penggubal  dasar  yang  inovatif  dari
               pelbagai negara yang bersama-sama membangunkan produk  pengetahuan  global
               bagi membantu merapatkan jurang antara teori dan amalan.

               Seksyen NHF mengetuai JLN Country-Core Group (CCG) untuk Malaysia. JLN CCG ini
               dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan. Di antara aktiviti yang telah
               dianjurkan oleh  CCG Malaysia adalah  Persidangan  “Country progress harmonizing
               provider payment mechanisms for UHC” oleh JLN PPM Technical Initiative: Primary
               Health Care Financing and Payment Collaborative pada 16 hingga 18 April 2019.

               Pegawai NHF juga terlibat dalam aktiviti JLN antarabangsa yang lain antaranya:


               i.  JLN 3rd In-Person Meeting on Domestic Resource Mobilization (DRM) Collaborative
                   dan  The  Efficiency  Collaborative  Product  Launch di  Manama,  Bahrain  pada  2
                   hingga 3 Disember 2019.




                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  193
   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208