Page 201 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 201
Jawatankuasa Teknikal SDG UHC telah ditubuhkan pada tahun 2018 bagi memantau
pencapaian sektor kesihatan dalam mencapai Agenda 2030. Jawatankuasa yang
dianggotai oleh wakil Bahagian KKM ini memainkan peranan dalam melaporkan
pencapaian indikator kepada pihak Urusetia bagi dimajukan kepada WHO dan
DOSM. Sebagai Urusetia, Bahagian Perancangan berhasrat menerbitkan satu Laporan
Kemajuan Sustainable Development Goals (SDG) Dan Universal Health Coverage (UHC)
bagi tahun 2019 yang akan menjadi platform pelaporan dan pemantauan kemajuan
Malaysia ke arah mencapai target Agenda 2030. Bagi tahun 2019, aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan adalah seperti di Jadual 6.2.
Jadual 6.2
Aktiviti-aktiviti SDG dan UHC 2019
Aktiviti Masa Tujuan
Penyerahan data di dalam Januari Untuk melihat sejauh mana
sistem DHIS2 2019 pencapaian Malaysia di dalam
(dibangunkan oleh Pertubuhan mencapai sasaran SDG UHC
Kesihatan Sedunia (WHO))
Mesyuarat di Manila, Filipina Januari Pengenalan kepada dokumen
2019 S.C.O.R.E kepada semua negara ahli
Mesyuarat Jawatankuasa Februari • Laporan aktiviti yang telah
Teknikal SDG Bil.1 2019 dijalankan pada tahun 2018
• Laporan mengenai data yang
telah dihantar ke sistem DHIS2
• Laporan mengenai data yang
telah dihantar ke DOSM
• Perancangan aktiviti bagi
tahun 2019
Mesyuarat bersama MEA Mac Bagi menyelaraskan indikator di
(Kementerian Hal Ehwal 2019 luar tindakan KKM (Kementerian
Ekonomi) Kesihatan Malaysia)
Mesyuarat Jawatankuasa Mei • Laporan hasil mesyuarat
Teknikal SDG Bil.2 2019 bersama MEA mengenai
indikator di luar tindakan KKM
• Perbincangan aktiviti
penerbitan Laporan SDG UHC
• Pengumpulan sasaran bagi
semua indikator daripada
bahagian terlibat
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 191