Page 156 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 156

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

            Pada  11 Jun  2019,  satu  Sesi  Townhall YB  Menteri Kesihatan  bersama Pengamal-
            Pengamal Perubatan Am Swasta telah di adakan bertempat di Dewan De’ Seri Endon,
            Puspanitapuri, Putrajaya. Seramai lebih  daripada  800  orang pengamal perubatan
            am dan swasta seluruh negara telah hadir. Sesi ini adalah merupakan platform bagi
            pengamal-pengamal perubatan am mengutarakan isu-isu yang dihadapi oleh pemilik
            klinik-klinik  perubatan  swasta  serta  membincangkan  jalan  penyelesaian  bersama
            pengurusan tertinggi KKM.

            Pada 8 Oktober 2019 bersempena dengan Minggu Kesedaran Amalan Baik Peraturan
            (GRP)  2019  peringkat  kebangsaan,  Perbadanan  Produktiviti  Malaysia  (MPC)  telah
            memberikan pengiktirafan kepada jabatan yang telah melengkapkan proses Kajian
            Impak Analisis Peraturan (RIA) dengan jumlah yang tinggi kepada Bahagian Amalan
            Perubatan. Kajian Impak Analisis Peraturan (RIA) adalah merupakan keperluan yang
            perlu  dilaksanakan  sebelum  sesuatu  undang-undang  digubal  atau  dipinda  selaras
            dengan Pekeliling Am Bilangan 1 berhubung Dasar Negara bagi Pembangunan dan
            Perlaksanaan  Peraturan.  RIA  penting  bagi  mengenal  pasti  impak  sesuatu  undang-
            undang yang baru ke atas ekonomi dan sosial.


            HALA TUJU

            Cawangan Penggubalan Akta, Bahagian Amalan Perubatan akan meneruskan usaha
            demi memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam skop tugas yang berkaitan
            dengan cawangan ini.

            LEMBAGA PEMBANTU PERUBATAN


            Lembaga  Pembantu  Perubatan  (LPP)  merupakan  satu  organisasi  yang  mengawal
            dan  memantau  profesion  Penolong  Pegawai  Perubatan  (PPP)  di  Malaysia  dengan
            menggunakan akta 180 (pendaftaran) Pembantu Perubatan 1977. Lembaga Pembantu
            Perubatan juga bertanggungjawab menjaga profesion Pembantu Hospital Estet (PHE)
            dibawah Lembaga Pembantu Hospital Estet dengan menggunakan Akta Pendaftaran
            Hospital Estet 1965. Mulai dari tahun 2015, Profesion Pembantu Perawatan Kesihatan
            (PPK)  di  Kementerian  Kesihatan  Malaysia  telah  diletak  dibawah  tanggungjawab
            Lembaga Pembantu Perubatan.





















        LAPORAN TAHUNAN
    146  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161