Page 155 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 155

ETIKA DAN ADUAN

               Jawatankuasa  Aduan  Terhadap  Pengamal  Optometri  telah  menyelesaikan  lapan
               aduan yang diterima terhadap pengamal berdaftar pada tahun 2019. Daripada 72
               aduan yang diterima pada tahun 2019, 40 aduan adalah berkaitan pengamal tidak
               berdaftar, lapan aduan berkaitan penjualan kanta lekap di premis bukan optikal dan
               enam aduan berkenaan penjualan ubat mata yang boleh merawat penyakit mata.
               Pemantauan  berkala  dijalankan  bagi  memastikan  perkhidmatan  optometri  yang
               selamat dan berkualiti diberikan kepada masyarakat.

               CONTINUING PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CPD)

               MOC  telah  menerima sebanyak 155 permohonan  mata CPD daripada  penganjur
               program iaitu 86 permohonan manual dan 69 permohonan melalui sistem myCPD.
               Sehingga kini, seramai 1436 orang pengamal telah berdaftar dalam sistem myCPD.
               Satu sesi bersama pengamal di negeri Sabah telah diadakan pada 15 November 2019
               untuk memberi penerangan berkenaan sistem myCPD.

               OBJEKTIF KUALITI

               Dua (2) objektif kualiti yang telah ditetapkan telah tercapai bagi tahun 2019 iaitu:


               1.    98  peratus APC dikeluarkan dalam  tempoh 14  hari bekerja  daripada  tarikh
                     penerimaan permohonan yang lengkap – 99.52 peratus tercapai.
               2.    90 peratus surat menyurat berkaitan akreditasi program yang tidak melibatkan
                     pihak  ketiga  dikeluarkan  kepada  MQA  dalam  masa  dua  minggu  selepas
                     Mesyuarat JTC – 100 peratus tercapai.

               HALA TUJU

               MOC sentiasa berusaha untuk mengawal selia profesion optometri dan melindungi
               kesihatan  penglihatan  rakyat  Malaysia  dengan  memastikan  penjagaan  mata  yang
               berkualiti diberi oleh pengamal optometri di Malaysia.

               CAWANGAN PENGGUBALAN AKTA

               Cawangan  Penggubalan  Akta  terdiri  daripada  Unit  Gubalan,  Unit  Globalisasi,
               Unit Amalan Perubatan Estetik dan Unit Fi Fasiliti Kesihatan Swasta. Unit Gubalan
               bertanggungjawab untuk menggubal dan meminda undang-undang dan peraturan-
               peraturannya  di  bawah  Program  Perubatan.  Unit  Globalisasi  berfungsi  sebagai
               sekretariat teknikal bagi liberalisasi sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan. Unit
               Amalan  Perubatan  Estetik  pula  mengendalikan  pengeluaran  sijil  credentialing dan
               privileging untuk pengamal perubatan yang menjalankan amalan estetik manakala
               Unit Fi Fasiliti Kesihatan Swasta pula menguruskan aduan berkaitan fi profesional di
               pusat jagaan kesihatan swasta.






                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  145
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160