Page 154 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 154

Rajah 5.6
                       Jumlah Pengeluaran APC Mengikut Tahun (2015 hingga 2019)






















             Sumber: Laporan Aktiviti MOC 2019, Unit Pendaftaran dan APC MOC

            KEBENARAN MEMPRESKRIPSI DAN MENDISPENS KANTA LEKAP


            Kebenaran Mempreskripsi dan Mendispens Kanta Lekap (Permit Kanta Lekap) adalah
            sijil yang dikeluarkan kepada juruoptik berdaftar yang telah lulus Peperiksaan Kanta
            Lekap  yang  dianjurkan  oleh  MOC.  Pada  tahun  2019,  seramai  tiga  orang  juruoptik
            berdaftar  telah  lulus  kedua-dua  peperiksaan  teori  dan  amali.  Jumlah  juruoptik
            berdaftar yang dibenarkan menjalankan  amalan  kanta lekap  sehingga  tahun  2019
            adalah seramai 580 orang.

            PENILAIAN DAN PEMANTAUAN AKREDITASI PROGRAM OPTOMETRI DAN OPTICIANRI
            DI MALAYSIA


            Jawatankuasa  Teknikal  Pengiktirafan  (JTC)  MOC  yang  bertanggungjawab  menilai
            dan  memantau  program  optometri  dan  opticianri  yang  dijalankan  oleh  pemberi
            pendidikan tinggi di Malaysia bagi memastikan program yang dijalankan menepati
            standard yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA)-MOC.
            JTC telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga (3) kali sepanjang tahun 2019.

            Tiga sesi penilaian pemantauan dan satu penilaian akreditasi penuh program telah
            diadakan sepanjang tahun 2019. Latihan kepada panel penilai telah diadakan pada 15
            hingga 17 April 2019 di Hotel Corus Paradise, Port Dickson bagi memastikan semua
            panel  penilai  mempunyai  kredibiliti  yang  tinggi  menjalankan  penilaian  akreditasi
            terhadap pemberi pendidikan tinggi (PPT). Senarai institusi pendidikan tinggi yang
            menawarkan program optometri/opticianri di Malaysia yang diiktiraf boleh dirujuk di
            laman web MOC, http://www.moc.moh.gov.my.












        LAPORAN TAHUNAN
    144  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159