Page 150 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 150
PENGURUSAN ADUAN MEDICO LEGAL
Pada tahun 2019, sebanyak 255 aduan medico legal direkodkan. Aduan ini akan disiasat
oleh kemudahan jagaan kesihatan terlibat dan laporan siasatan akan diserahkan kepada
Cawangan Medico Legal untuk tindakan selanjutnya. Jawatankuasa Penyiasatan Bebas
akan ditubuhkan sekiranya aduan tidak dapat diselesaikan di peringkat kemudahan
jagaan kesihatan atau terdapat tuntutan pampasan. Jawatankuasa ini terdiri daripada
Pakar Perunding dan Pakar dari disiplin yang berkaitan, wakil dari Jabatan Kesihatan
Negeri, wakil dari Bahagian Amalan Perubatan serta wakil komuniti. Sekiranya terdapat
tuntutan pampasan, kes akan dibincangkan di Mesyuarat Ex Gratia di peringkat
KKM. Keputusan untuk pertimbangan pampasan adalah berdasarkan penemuan
Jawatankuasa Penyiasatan Bebas. Pada tahun 2019, sebanyak 166 kes dibentangkan
dengan 109 kes (66 peratus) telah dipertimbangkan pembayaran ex gratia.
SAMAN MEDICO LEGAL
Cawangan Medico Legal berperanan memberi input teknikal dan khidmat nasihat
kepada Jabatan Peguam Negara dalam pengurusan kes saman medico legal dengan
menyelaras penyediaan dokumen, mengenal pasti saksi kes serta pelantikan saksi
pakar. Pada tahun 2019, terdapat 72 kes saman medico legal difailkan terhadap KKM.
PEMBAYARAN GANTI RUGI
Jadual 5.7 menunjukkan jumlah pembayaran ganti rugi bagi ex gratia dan kes litigasi
antara tahun 2015 hingga 2019. Pada tahun 2019, jumlah pembayaran adalah
sebanyak RM22,921,164.20.
Jadual 5.7
Jumlah Pembayaran Ganti Rugi Kes Medico Legal Dari Tahun 2014 Hingga 2019
Ex Gratia Saman Jumlah (RM)
Tahun Ganti Rugi Bil. Ganti Rugi Bil. Ganti Rugi Bil.
(RM) Kes (RM) Kes (RM) Kes
2015 4,430,400.00 63 20,099,197.37 30 24,529,597.37 93
2016 7,663,684.63 65 5,986,092.39 13 13,649,777.02 78
2017 2,540,876.90 59 13,404,713.88 26 15,945,590.78 85
2018 5,050,145.58 83 13,322,967.61 11 18,373,113.19 94
2019 4,471,603.29 70 18,449,560.91 36 22,921,164.20 106
Sumber: Cawangan Medico Legal, KKM
LAPORAN TAHUNAN
140 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019