Page 149 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 149
Pada tahun 2019, sebanyak 5,235 permohonan telah dikendalikan oleh Unit Tabung
Bantuan Perubatan manakala Unit Sara Ubat 22,242 permohonan. Unit ini telah
berjaya menjalankan aktiviti Continuous Professional Development (CPD) secara
bulanan dan juga menganjurkan aktiviti team building julung kalinya.
Jumlah permohonan yang tinggi, amat membebankan sumber manusia yang sedia
ada. Walau bagaimanapun objektif kualiti masih tercapai secara keseluruhan.
BAHAGIAN AMALAN PERUBATAN
Bahagian Amalan Perubatan meliputi fungsi-fungsi yang diwakili oleh Cawangan
yang tersebut:
i. Cawangan Mediko Legal
ii. Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta
iii. Cawangan Penggubalan Akta
iv. Majlis Optik Malaysia
v. Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia
CAWANGAN MEDICO LEGAL
Cawangan Medico Legal bertanggungjawab dalam pengurusan kes medico legal yang
melibatkan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM). Ini termasuk pengurusan aduan berpotensi medico legal, membantu
Jabatan Peguam Negara (JPN) dalam kes saman kecuaian perubatan, mengurus
pembayaran ex gratia, menganjurkan program berkaitan isu-isu medico legal dan
menjalankan aktiviti pemantauan.
Rajah 5.4
Statistik Medico Legal dari Tahun 2015 Hingga 2019
Sumber: Cawangan Medico Legal, KKM
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 139