Page 105 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 105

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN

               Perkhidmatan penyelenggaran peralatan telah dimulakan pada 15 Januari 2015 dan
               dipantau bersama dengan syarikat konsesi melalui Computerized Asset Maintenance
               Management System (CAMMS). Di samping itu, sistem CAMMS juga mengandungi
               maklumat semua fasiliti, kiraan penalti bagi Key Performance Index (KPI) yang tidak
               dicapai dan jadual penyelenggaraan berjadual tahunan.


               PEMBEKALAN PERALATAN GAP
               Kerajaan telah memutuskan perolehan peralatan gap dibuat melalui proses e-tender
               dan e-bidding bagi mendapatkan tawaran terbaik. Proses e-tender bagi 114 buah
               kategori peralatan telah dimulakan pada  5 Januari 2016  melalui  iklan  di  dalam
               beberapa akhbar tempatan. Bagi memudahkan proses e-tender, peralatan ini telah
               dibahagikan kepada 10 pakej berdasarkan kepada jenis peralatan dan kegunaannya.
               Antara pakej tersebut adalah pakej peralatan makmal, farmasi, fisioterapi, radiologi
               dan pengimejan serta peralatan yang memerlukan kerja-kerja tapak seperti analiser
               kimia, radiologi dan biosafety cabinet. Pembekalan peralatan gap telah dimulakan
               dengan Batch 1 pada 2 September 2016 dan dipantau melalui Delivery Management
               System (DMS). Di dalam Batch 1, sebanyak 1662 buah peralatan yang terdiri daripada
               26 kategori telah dibekalkan ke 424 buah fasiliti Kesihatan. Kesemua peralatan yang
               dibekalkan telah melalui proses testing dan commissioning (T&C) oleh pihak vendor
               bersama  end-user. Batch terakhir (Batch 12)  telah tamat pada 31  Ogos 2019 dan
               sehingga kini, sebanyak 30,889 buah peralatan gap telah dibekalkan.


               Sebarang perubahan kepada perjanjian konsesi dibuat melalui perjanjian tambahan.
               Sehingga kini, sebanyak tujuh (7) perjanjian tambahan telah ditandatangani. Antara
               perjanjian tambahan ialah perjanjian tambahan ke-6 yang mengubah spesifikasi bagi
               peralatan  x-ray  konvensional  ke  computerized  radiography.  Perjanjian  tambahan
               ke-5 pula melibatkan perubahan kuantiti peralatan yang akan diselenggara di bawah
               MEET. Melalui  perjanjian  tambahan  ke-7 yang ditandatangani  pada  8 September
               2017, skop projek MEET telah diperkembangakan bagi meliputi fasiliti baru, tambahan
               peralatan untuk penyelenggaraan dan perolehan peralatan gap tambahan. Di bawah
               perjanjian tambahan ini sebanyak 235 buah klinik kesihatan baharu telah dikenalpasti
               menjadikan jumlah fasiliti yang diselenggara kepada 2,067 dengan jumlah peralatan
               sebanyak 46,190. Sebanyak 3865 buah peralatan gap tambahan juga telah dipohon
               untuk keperluan negeri. Di samping itu, dua kategori baharu iaitu transcutaneous
               bilirubinometer  dan  mechanical  chest  percussion  juga  telah  diwujudkan  bagi
               menampung keperluan perkhidmatan semasa di bawah penjanjian ini.

               Dalam pada itu, sebarang perubahan kuantiti atau pengguguran kategori peralatan
               dilakukan dengan kelulusan pengurusan tertinggi KKM.  Beberapa kategori peralatan
               gap telah digugurkan atas sebab-sebab tertentu. Antaranya ialah camera identification
               yang digugurkan apabila processor x-ray ditukar dari jenis konvensional ke computerized
               radiography. Alat fluid dispenser pula digugurkan kerana tidak memenuhi spesifikasi
               yang ditetapkan sementara pembekal glucometer dan spirometer low telah menarik
               diri dari kontrak pembekalan.



                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  95
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110