Page 103 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 103
1. Perancangan dan penyediaan dokumen tender bagi migrasi sistem TPC kepada
TPC-OHCIS
2. Pemantauan Sistem TPC & TPC-OHCIS termasuk penyelenggaraan sistem
3. Persediaan change management dan TOT untuk migrasi sistem TPC kepada
TPC-OHCIS
Sistem baharu TPC-OHCIS ini pada mulanya dirintis di enam (6) buah Klinik Kesihatan
di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Klinik kesihatan yang terlibat adalah KK
Ampangan, KK Mantin, KK Seremban, KK Seremban 2, KK Senawang dan KK Sikamat.
Pada tahun 2019, jumlah pesakit baharu yang telah didaftarkan di dalam sistem TPC-
OHCIS bagi enam (6) klinik tersebut adalah seramai 61,303 pesakit, manakala jumlah
lawatan adalah sebanyak 837,715 lawatan.
INISIATIF PENGUKUHAN PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER (EnPHC)
Enhanced Primary Healthcare (EnPHC) merupakan suatu inisiatif untuk meningkatkan
tahap kesihatan rakyat Malaysia melalui pendekatan sistematik dalam pengendalian
penyakit tidak berjangkit (NCD) di peringkat penjagaan kesihatan primer. Ia
memfokuskan kepada tiga komponen utama iaitu komuniti, klinik kesihatan dan
kesinambungan penjagaan kesihatan di jaringan perkhidmatan yang berbeza.
Intervensi ini menekankan pendekatan penjagaan berfokuskan pelanggan dengan
mewujudkan kesedaran kesihatan dan pemerkasaan komuniti, perkhidmatan
kesihatan yang komprehensif di klinik kesihatan dan integrasi antara penjagaan
primer dan sekunder. Melalui EnPHC, risiko penyakit NCD dapat dikesan awal dan
intervensi yang wajar dan rawatan awal dapat diberikan. Hasil kajian projek perintis
yang dijalankan dari 2017 hingga 2018 oleh Institut Kesihatan Umum mendapati
EnPHC intervensi telah meningkatkan bilangan saringan NCD dan pengesanan awal
Diabetes Mellitus, Hypertensi dan Hypercholesterolemia. Dengan ini, prevalens kes
Diabetes yang tidak didiagnos menurun daripada 41 peratus kepada 25 peratus dan
Hypercholesterolemia daripada 45 peratus kepada 36 peratus. Pada tahun 2019,
inisiatif ini telah dilaksanakan di 40 buah klinik kesihatan di negeri Johor, Selangor
dan Negeri Sembilan dan akan diperluaskan secara berfasa. Lapan indikator utama
yang dipantau adalah seperti berikut:
Sasaran (Peratus)
i Peratus enrolmen populasi 95.0
ii Peratus populasi disaring 50.0
iii Peratus Hipertensi yang baharu di diagnosis 9.2
iv Peratus Diabetes Mellitus yang baharu di diagnosis 17.2
v Peratus Hyperlipidaemia yang baharu di diagnosis 38.6
vi Peratus yang patuh kepada temujanji klinik 90.0
vii Peratus yang patuh kepada temujanji hospital 100.0
viii Peratus pematuhan kepada temujanji pengambilan ubat 90.0
susulan
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 93