Page 46 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 46

UNIT KEWANGAN

            Unit Kewangan menguruskan hal-hal berkaitan kewangan di Ibu Pejabat termasuk
            belanjawan;  pembayaran  gaji,  elaun,  ganjaran  dan  bonus;  pembayaran  bil  dan
            tuntutan; kutipan hasil; permohonan ke luar negara dan sewaan ruang pejabat. Bagi
            tahun 2019, Unit ini bertanggungjawab mengawal selia peruntukan mengurus bagi
            Program Pengurusan IPKKM  berjumlah  RM1.54 billion.  Prestasi perbelanjaan  bagi
            tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 adalah 99.12 peratus. Jumlah peruntukan
            dan perbelanjaan mengikut aktiviti adalah seperti di Jadual 2.12.


                                                Jadual 2.12
                Jumlah Peruntukan dan Perbelanjaan Mengikut Aktiviti  di bawah Program
                       Pengurusan bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2019


                      AKTIVITI                PERUNTUKAN (RM)           PERBELANJAAN (RM)
             Pengurusan Ibu Pejabat                      562,911,672.00          567,394,949.87

             Sumber Manusia                                12,638,650.00            13,434,648.65

             Kewangan                                    504,035,623.00          498,802,398.19
             Latihan                                     420,576,218.49          411,676,424.51

             Teknologi Maklumat                            39,309,025.76            34,279,053.62
             Pembangunan Kompetensi                           3,722,000.00              3,970,964.71

                       Jumlah                        1,543,193,189.25      1,529,558,439.55
            Sumber: Bahagian Khidmat Pengurusan, KKM

            Sebagai  Pusat  Tanggungjawab  (PTJ)  yang  dikategorikan  Tier  1 (PTJ1), BKP
            bertanggungjawab  menerima  dan  mengagihkan  waran  peruntukan  kepada  semua
            PTJ di bawah seliaannya. Sepanjang tahun 2019, sejumlah 185 waran telah diterima
            dan  561 waran kecil  telah diagihkan.  BKP adalah  urus setia kepada Jawatankuasa
            Pengurusan  Kewangan  dan  Akaun  (JPKA)  IPKKM.  Jawatankuasa  ini  bermesyuarat
            empat (4) kali setahun untuk memantau prestasi kewangan 19 buah PTJ2 dan 34
            buah  PTJ3  yang  berada  di  bawah  seliaannya.  Selain  itu,  tanggungjawab  BKP  juga
            termasuk menerima dan memperakaunkan terimaan dan hasil di Ibu Pejabat. Pada
            tahun 2019, sejumlah RM22.5 juta terimaan hasil dan bukan hasil telah diterima dan
            diperakaunkan. Selain itu, sejumlah 86 permohonan penyewaan ruang pejabat turut
            telah diproses.















        LAPORAN TAHUNAN
    36  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51