Page 41 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 41
BIL. AKTIVITI PRESTASI
- 93 bayaran elaun
Permohonan bayaran elaun pakaian panas dan pakaian panas
6. tuntutan bayaran pakaian istiadat
- 73 tuntutan pakaian
istiadat
7. Urusan kenaikan pangkat 858 kenaikan pangkat
8. Pengurusan tatatertib (kumpulan pelaksana) 9 kes tatatertib
Sumber: Bahagian Khidmat Pengurusan, KKM
UNIT INOVASI DAN PROTOKOL
Unit Inovasi dan Protokol bertindak sebagai unit yang melaksanakan inisiatif
strategik inovasi serta kreativiti yang memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti,
produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam
di KKM. Projek inovasi yang berimpak tinggi sering diberikan pengiktirafan sewajarnya
oleh KKM. Malah buat julung kalinya pada tahun 2019, KKM telah memberikan
Anugerah Inovasi Perdana KKM kepada Jabatan Rehabilitasi Perubatan Sungai Buloh,
Selangor bagi projek Single Channel Cystometry (SCC). Unit Inovasi juga terlibat untuk
menyelaras penilaian terhadap penarafan kualiti perkhidmatan sektor awam di KKM
melibatkan 12 Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagi pelaksanaan EKSA Do-It-Yourself
(DIY) dan tujuh (7) JKN bagi pelaksanaan Mystery Shopping DIY.
Unit Protokol pula berperanan membantu BKP menganjurkan majlis rasmi utama di
IPKKM, menyediakan perkhidmatan runding cara dan khidmat nasihat berkaitan hal
ehwal pengurusan protokol kepada Bahagian/Program/Jabatan Kesihatan Negeri/
Institusi di bawah KKM, sekretariat induk bagi Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat
Kebangsaan KKM dan bertanggungjawab menyelaras proses pemilihan Rombongan
Petugas Haji (RPH) Perubatan dari KKM. Sebanyak lima (5) majlis rasmi utama telah
dilaksanakan oleh Unit Protokol di IPKKM pada tahun 2019 melibatkan tiga (3) Majlis
Ramah Mesra YB Menteri Kesihatan Malaysia Bersama Warga KKM dan Majlis Malam
Mesra KKM. Selain itu, Unit Protokol juga telah memberikan perkhidmatan runding
cara dan khidmat nasihat protokol di dalam 78 buah program/majlis di KKM.
UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Unit Psikologi Kaunseling berperanan untuk merancang, melaksana, membangun
serta menyelaras aktiviti-aktiviti psikologi dan kaunseling di IPKKM. Ringkasan aktiviti-
aktiviti Unit Psikologi dan Kaunseling sepanjang tahun 2019 seperti pada Jadual 2.9.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 31