Page 37 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 37
PEMBANGUNAN KERANGKA KOMPETENSI FUNGSIONAL KKM
Pembangunan Model Kerangka Kompetensi Rajah 2.8
adalah sebagai salah satu penambahbaikan Kerangka Kompetensi Generik KKM
dalam pengurusan profil potensi dan talent
warga KKM. Model ini merupakan sebuah
model untuk membentuk kejayaan sesebuah
organisasi, peringkat, tugas atau peranan.
Ia mempamerkan kesemua tingkah laku,
kemahiran dan pengetahuan kritikal yang
mempengaruhi kejayaan dalam sesuatu
peranan yang diberikan. Model Kerangka
Kompetensi KKM terbahagi kepada kerangka
kompetensi generik dan fungsional. Sumber: Bahagian Pembangunan Kompetensi, KKM
Model Kerangka Kompetensi Generik yang dibangunkan adalah untuk mengenal
pasti kompetensi dan potensi umum warga KKM yang terdiri daripada enam (6)
domain iaitu Kepimpinan, Pengurusan Kendiri, Analitikal, Keterlibatan, Pengetahuan
Interdisiplin dan Internalisasi.
Domain tersebut dipaksikan kepada norma dan nilai budaya korporat KKM iaitu
Penyayang, Kerja Berpasukan dan Profesional serta disesuaikan dengan IR4.0. Model
Kerangka Kompetensi Fungsional pula merupakan kompetensi pengkhususan untuk
setiap skim dan profesion di KKM. Pada tahun ini, Model Kerangka Kompetensi
Generik dan Kerangka Kompetensi Fungsional KKM bagi 13 skim/profesion di KKM
telah berjaya dibangunkan. Kamus Kerangka Kompetensi Generik dan Fungsional
KKM bagi semua skim/profesion di KKM serta Rubrik Penilaian pula akan dibangunkan
secara berfasa pada tahun akan datang.
PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT (PPB) PROGRAM PENGURUSAN
Objektif utama PPB adalah untuk membangunkan kompetensi generik terpilih
individu (berdasarkan tiga dominan kompetensi iaitu Leadership, Communication &
People Skills dan Problem Solving Skills) bagi mempertingkatkan kecekapan dalam
membantu penyampaian perkhidmatan kesihatan. Ringkasan aktiviti PPB adalah
seperti Rajah 2.9.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 27