Page 40 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 40
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP)
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) adalah menyediakan perkhidmatan sokongan
dan khidmat nasihat yang efisien dalam sistem pengurusan bagi memastikan semua
aktiviti di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) dapat dilaksanakan
secara profesional dan sekali gus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan
kesihatan. BKP terdiri daripada tiga (3) cawangan utama iaitu Cawangan Pengurusan
Am, Cawangan Kewangan dan Pengurusan Aset dan Cawangan Sumber Maklumat.
CAWANGAN PENGURUSAN AM
Cawangan Pengurusan Am merupakan cawangan yang mengendalikan urusan
melibatkan pentadbiran am, pengurusan sumber manusia, pelaksanaan inisiatif
strategik inovasi serta pengurusan protokol, pengurusan rekod serta penyelarasan
aspek psikologi dan kaunseling di IPKKM. Cawangan ini terdiri daripada lima (5) unit:
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) bertanggungjawab dalam semua urusan
berkenaan perkhidmatan bagi pegawai dan kakitangan di IPKKM. Antara aktiviti UPSM
adalah seperti di Jadual 2.8.
Jadual 2.8
Aktiviti Unit Pengurusan Sumber Manusia, Tahun 2019
BIL. AKTIVITI PRESTASI
1. Penyediaan dan perekodan Kew.8 12,273 urusan
Perekodan urusan-urusan perkhidmatan dalam
2. 21, 518 rekod
Buku Perkhidmatan Kerajaan
Urusan - Pengesahan pelantikan
3. - Pengesahan dalam perkhidmatan 243 permohonan
- Pemberian taraf berpencen
4. Urusan Pesaraan (wajib/pilihan/terbitan) 71 pesara
- 56 pembiayaan
komputer
Urusan permohonan pembiayaan pinjaman - 33 pembiayaan
5.
(komputer/rumah/kereta) perumahan
- 15 pembiayaan
kenderaan
LAPORAN TAHUNAN
30 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019