Page 36 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 36
Kursus/bengkel yang dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada teknik pengajaran dan pembelajaran ke arah anjakan paradigma kepimpinan
dalam memacu ILKKM sebagai pusat kecemerlangan latihan. Selain itu, kursus kepada
instruktor klinikal ILKKM telah dilaksanakan bagi tujuan memantapkan pengetahuan
dan kefahaman pengajaran serta pembelajaran di lapangan klinikal.
Pada 3 dan 4 September 2019, buat julung kalinya ILKKM Regional Conference on
Medical and Allied Health Education 2019 telah dilaksanakan bertempat di Hotel
Berjaya Times Square Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr.
Chen Chaw Min (KSU, KKM). Persidangan tersebut telah dihadiri oleh peserta daripada
ILKKM dan agensi luar.
PEPERIKSAAN DAN PENSIJILAN
Sepanjang tahun 2019, proses penilaian serta pentauliahan berdasarkan keputusan
peperiksaan akhir semester Program Latihan Pra Perkhidmatan dan Program Lanjutan/
Pengkhususan (Post-Basic) telah dilaksanakan. Pada keseluruhannya, pencapaian
kelulusan peperiksaan akhir semester adalah cemerlang bagi kedua-dua program
dengan kadar kelulusan 99.64 peratus dan 97.56 peratus. Untuk mempertingkatkan
kualiti penilaian, pelbagai siri kursus telah diadakan kepada pengajar dan pakar
perubatan untuk memantapkan lagi kemahiran dalam kompetensi pembinaan item.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI (BPK)
Fungsi utama BPK bukan sahaja untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme
semata-mata, tetapi juga untuk memberi fokus dalam membentuk kerja berpasukan
serta menerapkan sikap penyayang dan elemen budaya korporat dalam kalangan
warga KKM. Dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) kini, BPK sentiasa mereformasi
strategi dan kaedah bagi memastikan keupayaan sumber manusia di KKM mempunyai
kompetensi yang sesuai dengan jawatan-jawatan yang disandang supaya dapat
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diharapkan.
LAPORAN TAHUNAN
26 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019