Page 35 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 35
PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH
Pada tahun 2019, sejumlah 126 orang pegawai KKM daripada pelbagai skim
perkhidmatan kesihatan telah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian
di peringkat Sarjana manakala 24 pegawai di peringkat Doktor Falsafah dalam
bidang yang berkaitan dengan sektor kesihatan. Bilangan biasiswa bagi pengajian di
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang ditawarkan pada tahun 2019 mencatatkan
peningkatan sebanyak 22.9 peratus berbanding tahun 2018. Biasiswa di peringkat
Sarjana dan Doktor Falsafah tersebut ditawarkan kepada 50 orang pegawai pergigian
dan 36 orang pegawai farmasi, manakala selebihnya ditawarkan kepada lain-lain
profesion kesihatan di KKM.
KURSUS JANGKA PENDEK DALAM PERKHIDMATAN
Pada tahun 2019, sejumlah 88 orang anggota KKM telah menghadiri kursus jangka
pendek dalam perkhidmatan di luar negara berbanding 39 orang pada tahun 2018.
Peningkatan ini dapat dilaksanakan ekoran daripada penyusunan semula keutamaan
latihan dalam Pelan Operasi Latihan KKM dan peningkatan peruntukan Latihan Dalam
Perkhidmatan Tahun 2019 berjumlah RM50 juta.
PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN PROGRAM LATIHAN
Pada tahun 2019, Bahagian Pengurusan Latihan telah berjaya membangunkan dua
(2) program lanjutan baru iaitu Sijil Post-Basic Penjagaan Luka dan Sijil Post-Basic
Penjagaan Reumatologi. Kedua-dua program ini ditawarkan di Institut Latihan KKM
Sungai Buloh mulai bulan September 2019. Di samping itu, dua (2) program lanjutan
telah dinaik taraf daripada Sijil Post-Basic kepada Diploma Lanjutan iaitu Diploma
Lanjutan Mikrobiologi Perubatan dan Diploma Lanjutan Epidemiologi Gunaan.
BPL juga telah melaksanakan penambahbaikan ke atas kesemua 11 kurikulum pra
perkhidmatan peringkat diploma dengan menggunakan pendekatan Outcome Based
Education (OBE) dan akan digunakan di ILKKM mulai 1 Januari 2020.
PEMBANGUNAN PENGAJAR
Pada tahun 2019, perjawatan pengajar (pelbagai bidang) secara keseluruhan adalah
1,247 dengan pengisian pengajar adalah seramai 1,019 orang bagi 24 Institut Latihan
KKM dan Bahagian Pengurusan Latihan manakala bilangan instruktor klinikal di bawah
ILKKM seramai 398 orang. Kemaskini perjawatan pengajar dan instruktor klinikal ini
adalah sehingga Disember 2019.
Di sepanjang tahun 2019, Unit Pembangunan Pengajar, Bahagian Pengurusan Latihan
telah berjaya menganjurkan sebanyak lapan (8) kursus fungsional dan empat (4)
kursus generic termasuk program profesional kepada instruktor klinikal di ILKKM.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 25