Page 361 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 361
Data yang diperoleh daripada MREC juga menunjukkan arah aliran yang tetap di fasiliti
KKM (Rajah 18.2). Lebih penting lagi, apabila kedua-dua data dikaji, lebih daripada 70
peratus penyelidikan ditaja dijalankan di fasiliti KKM. Ini menunjukkan pengiktirafan
tapak kajian hasil daripada prestasi dari segi kualiti dan jumlah pesakit yang direkrut.
Pada tahun 2019, CRM mencapai sebanyak 83 peratus daripada jumlah pesakit yang
direkrut kedalam kajian klinikal dan 84 peratus rating “Good” dan ke atas untuk Study
Coordinator CRM.
Rajah 18.2
Jumlah Kajian yang ditaja dari Tahun 2012 hingga 2019
Jumlah Kesuluruhan Kajian yang Ditaja di Malaysia Jumlah Kajian yang Ditaja yang dijalankan di KKM
Sumber: Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM)
Pada masa yang sama, ia adalah penting untuk Malaysia dilihat sebagai destinasi
pilihan dalam penyelidikan klinikal dan sejak penubuhannya pada bulan Jun 2012,
CRM telah berjaya mempromosikan keupayaan dan kapasiti Malaysia dalam
menjalankan penyelidikan klinikal. Peningkatan dalam jumlah penaja dan Contract
Research Organization (CRO) yang terlibat dengan CRM membuktikan keupayaan
Malaysia dalam landskap kajian klinikal global. (Rajah 18.3)
Rajah 18.3
Kadar Peningkatan Penaja dan CRO dari tahun 2014 hingga 2019
Sumber: Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM)
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 351