Page 360 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 360
PENGENALAN
Penyelidikan Klinikal Malaysia atau Clinical Research Malaysia (CRM) Clinical Research
Malaysia (CRM), merupakan sebuah syarikat pengurusan kajian klinikal hak milik
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertaraf ISO 9001:2015.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
Konsep matlamat CRM adalah untuk mewujudkan 1,000 pekerjaan berkemahiran
tinggi, menjalankan 1,000 penyelidikan ditaja dan menghasilkan Pendapatan Kasar
Negara (PKN) sebanyak RM578 juta pada tahun 2020. Data yang dikumpul pada
tahun 2019 menunjukkan CRM sudah hampir untuk mencapai semua sasaran yang
ditetapkan, dengan dua (2) sasaran telah dicapai sejak 2017 (Rajah 18.1).
Rajah 18.1
Indikator Petunjuk Prestasi dan Pencapaian Tahunan CRM
Sumber: Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM)
Pada tahun 2019, sebanyak 162 penyelidikan yang ditaja telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Penyelidikan Perubatan dan Etika (MREC) dan Lembaga Pengarah
Institusi Kajian/Jawatankuasa Etika Bebas (IRB/IECs) (Rajah 18.2). Melihat
kepada pertumbuhan penyelidikan yang ditaja khususnya, bilangan terkumpul
menunjukkan arah aliran yang stabil sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan ia
boleh diterjemahkan kepada bagaimana Malaysia dilihat sebagai tapak kajian yang
dipercayai.
LAPORAN TAHUNAN
350 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019