Page 363 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 363
Imej 18.2
Hospital Umum Sarawak sedia untuk Kajian Pertama keatas Manusia (First in
Human Studies)
Sumber: Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM)
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dato’ Seri Dr Chen Chaw Min melancarkan
I AM AWARE Photography Series di Kompleks Kementerian Kesihatan, Putrajaya. Siri
ini menampilkan koleksi gambar pesakit sebenar yang telah mengambil bahagian
di dalam kajian klinikal, dan menggambarkan pengalaman berbeza mereka dalam
menyertai kajian klinikal (Imej 18.3).
Imej 18.3
Pelancaran I AM AWARE Photography Series di Kompleks Kementerian Kesihatan,
Putrajaya
Sumber: Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM)
Anugerah Penyelidikan Ditaja CRM diberikan setiap tahun mengiktiraf Principal
Investigator, tapak kajian klinikal dan industri di atas sumbangan mereka dalam
penyelidikan klinikal. Anugerah itu diberikan sempena Clinical Trials Day 2019 yang
diadakan di Hospital Kuala Lumpur (Imej 18.4).
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 353