Page 358 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 358
AKTIVITI PENGUKUHAN INTEGRITI DI KKM
Sepanjang tahun 2019, pelbagai program pengukuhan integriti telah dijalankan iaitu
empat (4) siri program Ziarah Integriti, tiga (3) sesi Bicara Integriti dan satu (1) siri Kursus
SMART Integriti. Program Ziarah Integriti merupakan program ziarah Unit Integriti
ke bahagian dan jabatan KKM secara khusus yang bertujuan untuk menyampaikan
informasi berkaitan nilai murni, integriti antara Unit Integriti dengan bahagian yang
terlibat. Program Bicara Integriti adalah sebuah program bual bicara interaktif yang
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga KKM agar dapat menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalankan tugas seharian. Manakala Kursus
SMART Integriti merupakan program yang melibatkan warga KKM dari kumpulan
Pengurusan dan Profesional dengan tujuan untuk melahirkan peserta yang berdaya
kepimpinan tinggi dan pemantapan nilai-nilai positif dalam menjalankan tugas serta
tanggungjawab.
Imej 17.3
Program Pengukuhan Integriti KKM
Sumber: Unit Integriti KKM
LAPORAN TAHUNAN
348 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019