Page 362 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 362
Pada tahun 2019, CRM telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan laporan
keseluruhan menunjukkan bahawa CRM telah mencapai penubuhan objektif,
mencapai tadbir urus korporat yang memuaskan dan mempunyai kedudukan
kewangan yang stabil. Cadangan utama telah dibuat dalam laporan tersebut untuk
terus memastikan kemampanan syarikat dan salinan laporan boleh didapati di laman
sesawang Jabatan Audit Negara.
Dua (2) MoU ditandatangani diantara CRM, Cytomed Therapeutics dan NUHS,
Singapura. MoU ini akan terus membuka ruang yang lebih baik di antara kerjasama
Malaysia-Singapura dalam memajukan perkembangan ubat-ubatan baru dan
penyelidikan antara kedua negara (Imej 18.1).
Imej 18.1
Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara CRM, Cytomed
Therapeutics dan National University Health System (NUHS), Singapura
Sumber: Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM)
Pusat Kajian Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak menerima sijil sementara daripada
Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan kini disenaraikan di bawah Fasa I Unit
Program Akreditasi NPRA. CRC Hospital Umum Sarawak adalah tapak kajian pertama
di Malaysia yang tersenarai di dalam program ini (Imej 8.2).
LAPORAN TAHUNAN
352 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019