Page 356 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 356
PENGENALAN
Unit Integriti Kementerian Kesihatan Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2014
berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 berkaitan Penubuhan
Unit Integriti di Semua Agensi Awam. Unit Integriti KKM menjalankan enam (6) fungsi
utama iaitu Pengukuhan Integriti, Pengurusan Aduan, Pematuhan, Tadbir Urus,
Pengesanan & Pengesahan serta Tatatertib. Unit Integriti KKM diketuai oleh Pegawai
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Ketua Unit dan 35 bilangan
perjawatan di Unit Integriti.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
PENSIJILAN MS ISO 37001: 2016 ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dipilih sebagai salah sebuah
kementerian yang terlibat dalam pelaksanaan melaksanakan projek rintis penetapan
standard MS ISO 37001: 2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) di agensi
Kerajaan yang berisiko tinggi yang dilaksanakan oleh United Nations Development
Programme (UNDP) dengan kerjasama Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah
Nasional (GIACC). Projek Rintis ABMS bertujuan untuk melihat hasil dan menyediakan
cadangan kepada GIACC berkaitan pelaksanaan pensijilan ABMS secara menyeluruh
di setiap kementerian, agensi, jabatan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ke arah
mencegah rasuah dan membina budaya kerja yang berintegriti tinggi.
KKM telah berjaya melalui dua (2) pengauditan wajib oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd dalam
tempoh persiapan selama tiga (3) bulan iaitu bermula Mac hingga Mei 2019 untuk
mendapatkan pensijilan ABMS. KKM telah membangunkan Kit Polisi Pencegahan
Rasuah yang mengandungi sebanyak enam (6) polisi antirasuah untuk diguna pakai
sebagai rujukan kepada warga KKM dan pihak ketiga yang berurusan dengan KKM
dalam usaha membanteras rasuah. Polisi yang dibangunkan adalah seperti berikut:
Imej 17.1
Polisi Pencagahan Rasuah KKM
Sumber: Unit Integriti, KKM
LAPORAN TAHUNAN
346 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019