Page 357 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 357
Majlis Pelancaran Kit Polisi Pencegahan Rasuah Kementerian Kesihatan Malaysia
telah disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia dalam Majlis Perjumpaan
Bulanan YB Menteri Kesihatan Malaysia iaitu pada 28 Ogos 2019. Pada Majlis tersebut
telah diumumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan Kementerian
pertama yang berjaya mendapatkan pensijilan MS ISO 37001: 2016 Anti-Bribery
Management System.
Imej 17.2
Pelancaran Kit Polisi Pencagahan Rasuah KKM
Sumber: Unit Komunikasi Korporat, KKM
AKTIVITI DAN PRESTASI SEKSYEN TATATERTIB BAGI TAHUN 2019
Bermula Januari hingga November 2019, Seksyen Tatatertib telah melaksanakan
naziran ke atas 50 Pusat Tanggungjawab (PTj) KKM yang mempunyai fungsi sebagai
Lembaga Tatatertib di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Hospital dan Pejabat Kesihatan
Daerah (PKD). Naziran bertujuan untuk memastikan Lembaga Tatatertib jabatan
melaksanakan dan mematuhi prosedur tindakan tatatertib selaras Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-peraturan
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Selain itu, naziran juga digunakan
sebagai platform kepada pihak jabatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan
menambah baik kelemahan yang telah dikenal pasti semasa naziran dijalankan.
Sebanyak 29 program kesedaran telah dijayakan oleh Seksyen Tatatertib sepanjang
tahun 2019 yang memerlukan penerangan secara spesifik berkaitan tatatertib
disampaikan kepada warga KKM. Dalam program ini, warga KKM akan diberi
penerangan dan maklumat berkaitan peraturan dan polisi yang berkuat kuasa supaya
kesedaran dapat dipertingkatkan serta meminimumkan tindakan berbentuk punitif
kepada warga KKM dalam jangka masa panjang.
Sehingga November 2019, sebanyak 966 kes tindakan tatatertib di bawah Lembaga
Tatatertib Kementerian Kesihatan bagi kumpulan Pengurusan dan kumpulan Sokongan
telah berjaya diselesaikan. Kes tersebut melibatkan pelbagai jenis kesalahan tatatertib
yang dilaporkan kepada Unit Integriti dari fasiliti KKM seluruh Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 347