Page 31 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 31
LATIHAN PRA-PERKHIDMATAN
Pada tahun 2019, sejumlah 3,624 tempat telah ditawarkan bagi 13 program Latihan
Pra-Perkhidmatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).
Daripada jumlah penawaran tersebut, pelatih yang melapor diri adalah seramai
3,268 orang. Bilangan penawaran atau pengambilan pelatih bagi tahun 2019 adalah
lebih rendah 14.2 peratus berbanding tahun 2018 selaras dengan unjuran keperluan
pengisian kekosongan jawatan paramedik. Penawaran tempat latihan dan bilangan
pelatih yang melapor diri mengikut disiplin di ILKKM pada tahun 2018 dan 2019
adalah seperti di Rajah 2.5 berikut.
Rajah 2.5
Perbandingan Pengambilan Pelatih Mengikuti Latihan Separa Perubatan, 2018 dan
2019
Sumber: Bahagian Pengurusan Latihan, KKM
PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN DAN KURSUS PENGKHUSUSAN
(POST-BASIC)
Pada tahun 2019, jumlah penyertaan Kursus Lanjutan dan Pengkhususan (Post-Basic)
adalah seramai 3,595 orang Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) daripada KKM
dan lain-lain agensi kerajaan, 143 orang daripada Badan Berkanun manakala seramai
692 orang merupakan anggota kesihatan daripada Institusi Kesihatan Swasta. Kursus
Lanjutan dan Pengkhususan (Post-Basic) ini melibatkan 41 bidang di seluruh ILKKM
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6 dan Rajah 2.7 dengan jumlah peserta
seramai 4,430 orang bagi tahun 2019. Jumlah ini menunjukkan penurunan sebanyak
8.6 peratus berbanding 4,845 penyertaan pada tahun sebelumnya. Program yang
mempunyai permintaan paling tinggi adalah Diploma Lanjutan Kebidanan dengan 999
penyertaan (pada kadar 22.5 peratus) diikuti Diploma Lanjutan Penjagaan Kecemasan
dengan 354 penyertaan (pada kadar 7.9 peratus).
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 21