Page 329 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 329
YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia menjadi tetamu dalam
rancangan “Malaysia Hari Ini” TV3 dengan topik “PeKa B40, Belanjawan 2020” yang
disiarkan secara langsung pada 10 Oktober 2019 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak
Kuala Lumpur. Sehubungan itu, beliau menasihatkan kumpulan B40 yang layak agar
mengambil peluang untuk membuat ujian saringan kesihatan di bawah Skim Peduli
Kesihatan untuk B40 atau PeKa B40.
Imej 14.4
Rancangan Temu Bual “Malaysia Hari Ini”
Sumber: Seksyen Media, Unit Komunikasi Korporat, KKM
SEKSYEN KOMUNIKASI STRATEGIK
A) Sepanjang tahun 2019, Seksyen Komunikasi Strategik telah menyediakan dan
menyelaraskan pengisian/ pengemaskian bahan di platform media sosial rasmi
KKM mengikut kategori seperti berikut:
Jadual 14.2
Pencapaian Sasaran Pengikut Laman Media Rasmi KKM
Bil. Aktiviti Sasaran Pencapaian
1 Facebook 900,000 followers 990,000 followers
2 Twitter 28,000 followers 30,000 followers
3 Instagram 90,000 followers 100,000 followers
4 Youtube 1,800 subscribers 2,000 subscribers
Sumber: Seksyen Komunikasi Strategik,UKK, KKM
B) Seksyen Komunikasi Strategik turut menerbitkan dua program berkonsepkan
berita dan pendidikan iaitu ‘Kapsul KKM’ dan ‘FB Live Sakit Apa?’ sepanjang tahun
2019 yang dimuat naik di Facebook dan Youtube rasmi KKM seperti Imej 14.5 dan
Imej 14.6.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 319