Page 327 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 327
BENGKEL PENGURUSAN KOMUNIKASI DAN MEDIA KETIKA KRISIS
YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan
Malaysia telah merasmikan penutupan Bengkel “Pengurusan Komunikasi Dan Media
Ketika Krisis” untuk Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian Kesihatan Malaysia
di Hotel Seri Malaysia, Pantai Bagan Lalang, Selangor pada 25 Oktober 2019.
Pengurusan Komunikasi Krisis dan bencana bukanlah hanya menumpu kepada
kebijaksanaan Pegawai Perhubungan Awam untuk mengawal media namun,
mengenal pasti kesahihan dan realiti berita serta memperoleh kepercayaan dari
orang ramai adalah manifestasi utama dalam hala tuju ini. Kehadiran seramai 35
orang peserta pada kali ini adalah bukti komitmen demi meningkatkan kredibiliti dan
identiti terhadap pembangunan imej dan reputasi KKM.
Imej 14.1
Bengkel Pengurusan Komunikasi dan Media Ketika Krisis 2019
Sumber: Seksyen Media, Unit Komunikasi Korporat, KKM
LAWATAN MESRA MEDIA PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KE STAR MEDIA GROUP
BERHAD
Lawatan Mesra Media bertujuan mendapat penjelasan tentang strategi publisiti
perkhidmatan Star Media Group Berhad yang lebih berkesan melalui media
konvensional dan media baharu. Disamping itu, ianya akan dapat memantapkan
profesionalisme pegawai-pegawai perhubungan awam di kementerian dan hospital
ke arah menjayakan penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan lebih efektif.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 317