Page 326 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 326
PENGENALAN
Unit Komunikasi Korporat (UKK) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ditubuhkan
dengan objektif untuk meningkatkan imej kementerian, mempromosi dasar dan
program kementerian melalui strategi perhubungan awam yang teratur dan berkesan.
Di samping itu, UKK bertindak sebagai barisan hadapan dalam menguruskan
perkhidmatan pelanggan dan aduan awam kementerian. UKK KKM terbahagi kepada
lima seksyen iaitu:
i. Seksyen Media
ii. Seksyen Komunikasi Strategik
iii. Seksyen Hal Ehwal Korporat
iv. Seksyen Aduan
v. Seksyen Khidmat Pelanggan
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
SEKSYEN MEDIA
Jadual 14.1
Aktiviti Seksyen Media bagi Tahun 2019
Bil. Aktiviti
1. Lawatan Mesra Media Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian
Kesihatan Malaysia Ke Sin Chew Media Corporation Berhad pada 15 Mac
2019.
2. Lawatan Mesra Media Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian
Kesihatan Malaysia ke Star Media Group Berhad pada 23 Oktober 2019.
3. Bengkel “Pengurusan Komunikasi Dan Media Ketika Krisis” untuk Pegawai
Perhubungan Awam di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 23-25 Oktober
2019 di Hotel Seri Malaysia, Pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek, Sepang,
Selangor.
4. Sebanyak 167 Lawatan Kerja Rasmi oleh YBMK, YBTMK, KSU dan KPK dari
Januari hingga Disember 2019.
5. Sebanyak 101 slot Temu bual TV untuk penyebaran maklumat kesihatan
melalui Temu bual TV dari Januari hingga Disember 2019.
6. Sebanyak 72 slot Radio Talk untuk penyebaran maklumat kesihatan melalui
dari Januari hingga Disember 2019.
Sumber: Seksyen Media, Unit Komunikasi Korporat, KKM
LAPORAN TAHUNAN
316 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019