Page 331 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 331
“Facebook KKM Sakit Apa?” musim 2 telah diterbitkan sebanyak Sembilan (9) kali
pada tahun 2019. Program ini hanya memberi tumpuan kepada isu-isu semasa di
Malaysia seperti Polio, Influenza dan Kesihatan Mental. “FB Live KKM Sakit Apa?”
adalah program langsung bersama doktor pakar. Konsep program ini adalah untuk
memberi peluang kepada pengguna Facebook untuk berhubung secara langsung
dengan pakar perubatan.
SEKSYEN HAL EHWAL KORPORAT
PENERBITAN E-BULETIN KKM 2019
E-Buletin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan hasil penerbitan
bulanan Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan bertujuan untuk merekod aktiviti-aktiviti
Pengurusan Tertinggi KKM sepanjang tahun 2019. Selain itu, ianya juga bertindak
sebagai dokumentasi perkhidmatan kesihatan di Malaysia selain menjadi sumber
rujukan bagi penjawat awam dan orang awam.
Imej 14.7
E-Buletin KKM 2019
Jan 2019 Feb 2019 Mac 2019 April 2019
Mei 2019 Jun 2019 Julai 2019 Ogos 2019
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 321