Page 324 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 324

PENGENALAN

            Pejabat Penasihat Undang-Undang (“Pejabat PUU”), Kementerian Kesihatan Malaysia
            (“Kementerian”)  bertanggungjawab  antara  lainnya  dalam  perkara-perkara  seperti
            yang berikut:
                  (a)   menyediakan nasihat perundangan kepada semua  bahagian,  jabatan,
                        agensi  dan  institusi  di  bawah  Kementerian  termasuklah  pandangan
                        undang-undang  melibatkan Memorandum  Jemaah Menteri,  Prosedur
                        Operasi Standard, Garis Panduan, Arahan dan Pekeliling;

                  (b)   menggubal rang undang-undang dan rang undang-undang pindaan serta
                        perundangan subsidiari  berkaitan dengan Kementerian  selaras dengan
                        dasar-dasar Kementerian;

                  (c)   menyemak  dan  meluluskan dokumen perundangan termasuklah
                        perjanjian,  memorandum  persefahaman dan instrumen  perundangan
                        antarabangsa bagi pihak Kementerian;
                  (d)   menghadiri mesyuarat bagi membincangkan isu berkaitan perundangan
                        yang melibatkan Kementerian dan juga isu pentadbiran;

                  (e)   menjalankan  pendakwaan  bagi  kesalahan  jenayah  di  bawah  Akta
                        Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];
                        dan
                  (f)   mengendalikan  kes-kes tuntutan  sivil  bagi  pihak Kementerian sebagai
                        wakil Kerajaan dan menyelaraskan pengendalian kes-kes sivil oleh Jabatan
                        Peguam Negara di mana Kerajaan ialah defendan.
            AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


            Jumlah dan skop kerja yang dikendalikan oleh Pejabat PUU adalah tertakluk kepada
            permohonan  yang dikemukakan oleh Kementerian serta  jabatan dan agensi di
            bawahnya. Bagi tahun 2019, Pejabat PUU telah menghadiri sebanyak 1,131 mesyuarat,
            menyemak  sebanyak 1,828 dokumen perundangan, menyediakan  sebanyak 818
            nasihat perundangan  dan  menggubal  sebanyak 111 rang undang-undang, rang
            undang-undang  pindaan  serta perundangan subsidiari.  Pejabat PUU  juga telah
            mengendalikan sebanyak 23 kes pendakwaan terhadap kesalahan jenayah di bawah
            Akta 586 dan sebanyak 104 kes tuntutan sivil di mahkamah.

            Pejabat PUU  turut terlibat dalam  penggubalan  Rang Undang-Undang  Lembaga
            Promosi Kesihatan Malaysia (Pembubaran) 2019 yang telah diluluskan di Parlimen
            pada Disember 2019. Rang Undang-Undang tersebut yang masih belum berkuat kuasa
            bertujuan  antara lainnya untuk memansuhkan Akta Lembaga Promosi  Kesihatan
            Malaysia 2006 [Akta 651] dan membubarkan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia
            yang ditubuhkan di bawah Akta tersebut.
            HALA TUJU

            Pejabat PUU sentiasa komited untuk menjalankan tanggungjawabnya selaras dengan
            perundangan yang berkuat kuasa dan polisi Kementerian.



        LAPORAN TAHUNAN
    314  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   319   320   321   322   323   324   325   326   327   328   329