Page 27 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 27
PENAMBAHBAIKAN PROSES KERJA MELALUI OFFICE AUTOMATION
Proses kerja telah ditambah baik melalui office automation melibatkan pelaksanaan
berikut:
i. Pelaksanaan urusan pelantikan tiga (3) skim perkhidmatan utama melalui
aplikasi e-Housemen, e-Dentist dan e-Pharmacist;
ii. Pelaksanaan urusan naik pangkat tiga (3) laluan kerjaya (Gred 44-54)
melalui aplikasi e-Naik pangkat, sistem dalaman KKM yang mampu
menampung 10,000 permohonan setahun yang boleh diperakukan
terus oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) kepada BSM telah meningkatkan
kecekapan, ketelusan, dan penjimatan masa.
iii. Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Profesional 2.0 (MySYMPP)
yang melibatkan pengoperasian Fasa 1 Modul Perjawatan merupakan
inisiatif pemantapan pengurusan data sumber manusia di KKM bagi
menyokong fungsi proses kerja untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
PENAMBAHBAIKAN ELAUN DAN KEMUDAHAN ANGGOTA KKM
Menambah baik elaun dan kemudahan kepada anggota KKM bagi mengekalkan
mereka dalam perkhidmatan awam dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan.
Elaun dan kemudahan yang ditambahbaik adalah seperti berikut:
1. Elaun Pembedahan Elektif
Kerajaan telah bersetuju meluluskan permohonan pemanjangan Elaun Pembedahan
Elektif kepada Pegawai Pergigian dan Pegawai Pergigian Pakar yang mengendalikan
perkhidmatan Pembedahan Elektif pada hari Sabtu di hospital KKM dengan kadar
RM200 sejam bagi Pegawai Pergigian Pakar dan RM80 sejam bagi Pegawai Pergigian.
Tarikh kuat kuasa adalah mulai 1 Ogos 2019.
2. Kemudahan Pakaian Seragam Bagi Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred
C29 yang Ditukar Lantik dan Masih Menjalankan Tugas Pembantu Penyediaan
Makanan
Kerajaan pada 7 April 2016 telah bersetuju supaya Pembantu Penyediaan
Makanan Gred N19 yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf ditukar lantik ke skim
perkhidmatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (PPPM) Gred C29. Namun,
sebilangan daripada mereka masih ditempatkan secara Khas Untuk Penyandang (KUP)
dan menjalankan tugas-tugas asal sebagai Pembantu Penyediaan Makanan Gred
N19. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah bersetuju dengan rayuan KKM agar
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 (KUP) yang kekal di penempatan
asal dan masih melaksanakan skop tugas Pembantu Penyediaan Makanan dibekalkan
dengan kemudahan pakaian seragam termasuk kasut mengikut Kelayakan Pembantu
Penyediaan Makanan Gred N19. Kuat kuasa pelaksanaan ini adalah mulai 1 Januari
2020.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 17