Page 28 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 28
3. Bayaran Insentif Post Basic (BIPB)
Mesyuarat Lembaga Pendidikan KKM telah bersetuju meluluskan pembayaran BIPB
kepada bidang Sediaan Farmaseutikal Steril. Tarikh kuat kuasa pembayaran sebanyak
RM100 sebulan adalah mulai 1 Julai 2019.
HALA TUJU
KKM sentiasa mempertingkatkan usaha bagi memperkukuhkan dan menambah baik
tadbir urus perkhidmatan kesihatan dan pengurusan sumber manusia kesihatan. Ini
adalah untuk meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan kesihatan secara
khusus dan perkhidmatan awam secara amnya. Selaras dengan matlamat tersebut,
perancangan strategi dan aktiviti sumber manusia kesihatan dijajarkan selari dengan
tonggak Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Ini adalah signifikan dengan usaha
KKM untuk menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh pengurusan sumber
manusia kesihatan.
BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN (BPL)
Sumber manusia yang kompeten adalah aset penting bagi sesebuah organisasi.
Justeru itu, Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) mempunyai peranan untuk
memastikan proses pembelajaran yang berkualiti dan peluang latihan dengan tujuan
untuk meningkatkan kompetensi modal insan di KKM. Ekspektasi rakyat pada masa
kini semakin tinggi dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan kelas pertama maka
pelbagai aktiviti dilaksanakan melalui program-program latihan bertujuan untuk
melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan, kompeten, berdisiplin, mempunyai
etika kerja yang kukuh, nilai dan komitmen untuk mencapai kecemerlangan.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
PERANCANGAN TENAGA MANUSIA
Melalui unjuran permintaan dan bekalan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan
Pegawai Farmasi, didapati bahawa peningkatan dalam bekalan Pegawai Perubatan,
Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi dalam tahun semasa adalah masih tidak
mencukupi bagi memenuhi keperluan negara. Walau bagaimanapun, jurang antara
permintaan dan bekalan profesion ini semakin mengecil dengan kapasiti latihan
yang diperluas oleh Universiti Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta graduan
LAPORAN TAHUNAN
18 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019