Page 25 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 25
URUSAN KENAIKAN PANGKAT
Urusan kenaikan pangkat merupakan aspek penting bagi pengurusan sumber
manusia yang merupakan pemangkin kepada penghasilan pegawai yang berkaliber
dan menjadi faktor motivasi kepada pegawai berkenaan. Urusan kenaikan pangkat
ini merupakan medium pengiktirafan bagi menghargai sumbangan pegawai dan
memberi perkembangan yang positif dalam urusan laluan kerjaya pegawai. Urusan
kenaikan pangkat di KKM pada tahun 2019 adalah seperti di Jadual 2.4.
Jadual 2.4
Bilangan Pegawai Yang Terlibat Dalam Urusan Kenaikan Pangkat Bagi Tahun 2019
Pengurusan Paramedik dan
Urusan JUSA/Khas dan Auksiliari dan Jumlah
Profesional Pelaksana
Kenaikan 210 10,018 9,327 19,555
Pangkat
Sumber: Bahagian Sumber Manusia, KKM
HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM (HRMIS)
HRMIS merupakan instrumen yang penting dalam memastikan ketepatan dan integriti
data pengurusan sumber manusia. Sistem ini mengandungi maklumat pengurusan
data personel, profil perkhidmatan, maklumat peribadi dan Laporan Nilaian Prestasi
Tahunan (LNPT). Pencapaian pelaksanaan HRMIS di KKM merupakan salah satu KPI
bagi Ketua Setiausaha Kementerian. Bagi tahun 2019, sebanyak enam (6) kriteria
telah ditetapkan sebagai pengukuran kepada pencapaian pelaksanaan HRMIS oleh
Kementerian dengan pencapaian sebanyak 100 peratus. Perincian pencapaian HRMIS
KKM bagi tahun 2019 adalah seperti di Jadual 2.5.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 15