Page 23 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 23
(redeployment) jawatan sedia ada tanpa melibatkan pewujudan jawatan baharu.
Walau bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 2 Disember 2019
telah meluluskan pewujudan 10,675 perjawatan di KKM secara trade-off dan berfasa
bagi memenuhi keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan KKM yang telah siap
pada tahun 2019 dan akan beroperasi pada tahun 2020.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
PERJAWATAN DAN PENGISIAN DI KKM
Sehingga 31 Disember 2019, pengisian di KKM adalah sebanyak 254,290 (95 peratus)
berbanding perjawatan sebanyak 267,582. Jadual 2.1 menerangkan perincian
pengisian di KKM berdasarkan kepada kumpulan perkhidmatan.
Jadual 2.1
Kedudukan Pengisian Perjawatan di KKM Sehingga 31 Disember 2019
Mengikut Kumpulan Perkhidmatan
Kumpulan Pengisian
Bil. Jawatan Isi Kosong
Perkhidmatan (peratus)
Pengurusan dan
1. 59,121 54,067 91.5 5,206
Profesional
2. Paramedik & Auksiliari 139,297 135,215 97.1 5,420
3. Pelaksana 69,164 65,008 94.0 5,355
Jumlah 267,582 254,290 95.0 15,981
Nota: Pengurusan dan Profesional adalah termasuk Pengurusan Tinggi, Pakar dan JUSA serta Skim Bersepadu. Jumlah
kekosongan tidak mengambil kira pengisian kader out seramai 2,689.
Sumber: Bahagian Sumber Manusia, KKM
Bagi tahun 2019, terdapat seramai 33,523 orang Pegawai Perubatan Tetap di KKM
merangkumi 5,207 orang Pegawai Perubatan Pakar, 28,095 orang Pegawai Perubatan
Bukan Pakar dan 221 orang Pegawai Perubatan Siswazah. Jumlah keseluruhan
pengisian lima (5) skim perkhidmatan utama di KKM sehingga 31 Disember 2019
adalah seperti di Jadual 2.2.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 13