Page 22 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 22
PENGENALAN
Program Pengurusan terdiri daripada lapan (8) bahagian/unit yang bertanggungjawab
terus kepada Ketua Setiausaha, iaitu lima (5) bahagian di bawah Timbalan Ketua
Setiausaha (Pengurusan) dan tiga (3) bahagian di bawah Timbalan Ketua Setiausaha
(Kewangan). Objektif utama program ini adalah untuk memudahkan dan menyokong
pencapaian dasar dan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menyokong
program lain menerusi sistem perkhidmatan yang cekap dan berkesan, pengurusan
sumber manusia, pengurusan teknologi maklumat, pembangunan latihan dan
kemahiran serta pengurusan kewangan.
Bahagian-bahagian di bawah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) adalah seperti
berikut:
i. Bahagian Sumber Manusia (BSM);
ii. Bahagian Pengurusan Latihan (BPL);
iii. Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK);
iv. Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP); dan
v. Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)
Pengurusan sumber manusia adalah elemen penting untuk meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan program pembangunan kesihatan. Bahagian Sumber
Manusia (BSM) berperanan untuk merancang dan memastikan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) mempunyai struktur perjawatan dan organisasi yang mantap. Dalam
masa yang sama, ianya memastikan keperluan pengisian sumber manusia dalam
memberikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat selaras dengan
dasar semasa Kerajaan.
Bahagian ini juga melaksanakan pengurusan pengisian perjawatan bagi 97 skim
perkhidmatan, pelaksanaan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat selaras dengan
keperluan perkhidmatan kesihatan serta merancang, memantau dan memastikan
pelaksanaan aplikasi sistem Human Resource Management Information System
(HRMIS) berjalan lancar. Di samping itu, Bahagian ini merancang dan melaksana
kajian-kajian berhubung sumber manusia seperti pengurusan dan penambahbaikan
skim perkhidmatan serta elaun dan kemudahan.
Pelaksanaan Dasar Pengejatan Saiz Perkhidmatan Awam dan Dasar Kawalan Saiz
Perkhidmatan Awam telah memberi kesan besar kepada KKM dalam menyediakan
personel mencukupi bagi menyampaikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
Selaras dengan penguatkuasaan dasar-dasar tersebut, keperluan perjawatan di
KKM hanya dilaksanakan melalui kaedah tukar ganti (trade-off) dan pindah butiran
LAPORAN TAHUNAN
12 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019