Page 296 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 296
SKIM PENSIJILAN MAKANAN
Skim Pensijilan Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) dan “Good
Manufacturing Practice” (GMP) merupakan salah satu Program Jaminan Keselamatan
Makanan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam memastikan premis
pemprosesan menghasilkan makanan yang selamat untuk dimakan. Pensijilan ini
diberikan kepada semua premis pengilangan makanan di Malaysia.
Manakala, skim pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) pula
adalah satu skim pensijilan yang memberi fokus khususnya kepada Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS) untuk memenuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan
Sihat” atau “BeSS” turut ditawarkan kepada premis makanan seperti restoran, gerai
makan, kafeteria mahupun kenderaan bergerak seperti foodtruck. Sebanyak 7,143
pengiktirafan BeSS telah diberikan kepada pengusaha outlet makanan di seluruh
negara semenjak ianya diperkenalkan pada tahun 2013 sehingga tahun 2019.
Ringkasan pencapaian pensijilan Program Jaminan Keselamatan Makanan sehingga
tahun 2019 adalah seperti Jadual 9.2.
Jadual 9.2
Pensijilan Program Jaminan Keselamatan Makanan Sehingga Tahun 2019
751 987 4,822 7,143
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
AKTIVITI PELESENAN
Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, semua premis pemprosesan
bagi maksud perdagangan atau perniagaan iaitu air mineral semulajadi, air minuman
berbungkus, ais dan air dari mesin jual air perlu mendapatkan lesen daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kelulusan pelesenan air mineral semulajadi,
air minuman berbungkus, penyediaan ais dan mesin jual air pada tahun 2019 adalah
seperti Jadual 9.3.
LAPORAN TAHUNAN
286 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019