Page 294 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 294

Imej 9.2
                       Pensampelan bagi Program Pemantauan Eksport Tahun 2019


























                                   Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

            PENGELUARAN SIJIL EKSPORT

            Bagi mematuhi  keperluan  negara pengimport  yang ditetapkan  kepada premis
            pemprosesan eksport, sebanyak  72,167  sijil  eksport telah dikeluarkan kepada
            pemohon  sepanjang tahun 2019  iaitu  sebanyak  65,587   sijil  kesihatan,  6,368  sijil
            penjualan bebas dan 212 sijil Non-Genetically Modified Food. Pengeluaran sijil eksport
            dapat memberi jaminan bahawa produk yang dieksport daripada Malaysia adalah
            selamat dan ini sekaligus dapat meningkatkan permintaan eksport produk makanan
            dari pelbagai negara.

            NOTIFIKASI PENOLAKAN MAKANAN

            Notifikasi penolakan makanan merujuk kepada maklumat berkenaan makanan yang
            tidak dibenarkan memasuki pasaran atau ditarik balik oleh negara pengimport kerana
            makanan tersebut tidak mematuhi keperluan negara pengimport. Pada tahun 2019,
            Malaysia  telah  menerima  54  notifikasi  dan  81  kes  penolakan  makanan  daripada
            negara seperti Singapura, China, United Kingdom dan Taiwan (Imej 9.3).




















        LAPORAN TAHUNAN
    284  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   289   290   291   292   293   294   295   296   297   298   299