Page 293 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 293
Rajah 9.4
Ringkasan Laporan bagi Tiga (3) Operasi Khas bagi Tahun 2019
Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
KAWALAN MAKANAN IMPORT
Aktiviti kawalan makanan import meliputi 56 lokasi pintu masuk seluruh negara yang
berada di bawah seliaan PKKM, KKM. Pada tahun 2019, sejumlah 321,828 konsainan
produk makanan telah diimport ke Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak
132,919 (41.0 peratus) konsainan telah diperiksa dan 5,958 (4.5 peratus) konsainan
telah disampel untuk diuji pelbagai jenis parameter. Daripada jumlah bilangan
pensampelan yang telah dibuat, 124 (2.0 peratus) sampel makanan didapati telah
melanggar perundangan makanan negara.
KAWALAN MAKANAN EKSPORT
PROGRAM PEMANTAUAN EKSPORT
Program pemantauan eksport adalah aktiviti di bawah kawalan rasmi KKM yang
dibangunkan secara spesifik mengikut komoditi dan keperluan negara pengimport
(Imej 9.2).
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 283