Page 300 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 300
PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI
MAKANAN TAHUN 2019
Pertandingan Inovasi Peringkat Program Keselamatan dan Kualiti Makanan telah
berlangsung di Pusat Konvensyen i-City, Shah Alam pada 4 November 2019 bertemakan
‘Janakan Kreativiti, Jayakan Inovasi’. Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk
dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif, selain dari memberi pengiktirafan
kepada hasil Inovasi yang diperkenalkan oleh warga PKKM. Pertandingan ini telah
mengumpulkan seramai 250 orang peserta dari seluruh negara di bawah Program
Keselamatan dan Kualiti Makanan dengan penyertaan 17 projek Inovasi yang terdiri
daripada kategori produk, teknologi, proses dan perkhidmatan. Majlis perasmian bagi
pertandingan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti
Makanan, Encik Mohd Salim bin Haji Dulatti.
Kumpulan Ergonova dari Seksyen Makanan, Makmal Kesihatan Awam Ipoh telah
merangkul juara keseluruhan dalam pertandingan ini dengan projek inovasi Agar Max
Pour. Tahniah kepada pemenang (Jadual 9.4; Imej 9.9).
Jadual 9.4
Senarai Pemenang Pertandingan Inovasi Peringkat Program Keselamatan dan
Kualiti Makanan Tahun 2019
Kategori Kedudukan Tajuk / Kumpulan
Pertama Easy Slant / Tilaked, MKKM, Kedah
Kedua Safety Chemical Capsule / Capsule Five, MKKM,
Produk
Terengganu
Ketiga Smart Fridge / Smart Team, PKD Lipis
Pertama Sistem Pendaftaran e-Surat FSQ / Be Innovative,
JKN Sabah
Teknologi
Kedua MJA on the Go / Key Elle on the Go, JKWP Kuala
Lumpur & Putrajaya
Pertama Agar Max Pour / Ergonova, MKA Ipoh
Kedua e-Plan Kilang / Four Kel, JKN Kelantan
Proses
Ketiga Smart Premise Database / Smart CT, PKD
Kemaman
Pertama Kit4Me / Jetsetter, JKN Negeri Sembilan
Perkhidmatan Kedua Intelligent Mobile Case / Karisma, PKD Kuala
Nerus
Sumber: Cawangan Polisi dan Pembangunan, BKKM
LAPORAN TAHUNAN
290 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019