Page 273 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 273

HALA TUJU


               Kesihatan  pergigian  adalah  penting  bagi  kesihatan  badan  secara  keseluruhan  dan
               kualiti  hidup  seseorang.  Penyakit  atau  masalah  pergigian  seperti  karies  gigi  dan
               penyakit periodontium (gusi) adalah merupakan satu penyakit tidak berjangkit (non-
               communicable disease, (NCD)) yang paling biasa terjadi pada manusia. Ia memberi
               impak kepada produktiviti seseorang individu dan menyebabkan bebanan kos kepada
               masyarakat dan ekonomi negara selain tekanan ke atas perkhidmatan dan sumber
               penjagaan kesihatan.

               Bagi membantu seseorang individu mencapai dan mengekalkan tahap kesihatan yang
               membolehkannya menjalani kehidupan yang produktif, perkhidmatan kesihatan yang
               bertaraf global dan memenuhi keperluan rakyat perlu disediakan seperti berikut:

                 i.   Mengintegrasikan kesihatan pergigian dengan kesihatan awam dalam semua
                      dasar berkaitan kesihatan dan  menggunakan Pendekatan Faktor Risiko
                      Bersama (Common  Risk  Factor  Approach) bagi menangani  penyakit dan
                      masalah pergigian dengan lebih  berkesan dalam kalangan masyarakat. Ini
                      memandangkan kesihatan pergigian dan kesihatan awam mempunyai faktor
                      penentu sosial (social determinants) yang sama.
                 ii.   Penyampaian  perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh  dan  komprehensif
                      agar  jurang tahap kesihatan di  antara kelompok-kelompok masyarakat di
                      kawasan bandar dan luar bandar dapat dirapatkan.
                 iii.  Perkhidmatan yang memberikan kesamarataan capaian kepada kesihatan yang
                      berkualiti dengan memastikan semua rakyat mendapat perkhidmatan tanpa
                      mengira jantina, etnik, faktor geografi, status sosio ekonomi serta kemampuan
                      membayar dengan  mengutamakan  golongan  yang lebih  memerlukan  dan
                      kurang berkemampuan (vulnerable groups).
                 iv.   Perkhidmatan kesihatan yang responsif, memenuhi keperluan rakyat (patient-
                      centred care) serta penyampaian dalam tempoh yang ditetapkan (timely).
                 v.   Perkhidmatan  yang  berasaskan  kepada  pengetahuan  saintifik  (evidence-
                      based)  serta  penggunaan  sumber  yang  optimum  bagi  memastikan  ianya
                      digunakan dengan cekap, sebaik mungkin serta mengelakkan pertindihan dan
                      pembaziran.
                 vi.  Perkhidmatan  yang  menitikberat  dan  menumpukan  kepada  aktiviti
                      pencegahan dan promosi kesihatan bagi memperkasakan individu, keluarga
                      dan  masyarakat mengenai  kesihatan.  Ini  seterusnya dapat meningkatkan
                      amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.












                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  263
   268   269   270   271   272   273   274   275   276   277   278