Page 18 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 18

Jadual 1.5
                            10 Punca Utama Kematian* di Hospital KKM, 2019    p


                                                                                   Peratus
              Bil.                Punca Utama                    Kod ICD-10    daripada jumlah
                                                                                kematian (%)
              1.   Chapter IX: Diseases of the circulatory system   I00-I99         21.80
              2.   Chapter X: Diseases of the respiratory system   J00-J99          20.65
                   Chapter I: Certain infectious and parasitic
              3.                                                  A00-B99           12.15
                   diseases
              4.   Chapter II: Neoplasms                          C00-D48           11.94
                   Chapter XVIII: Symptoms, signs and abnormal
              5.   clinical and laboratory findings, not elsewhere   R00-R99        7.10
                   classified

              6.   Chapter XIV: Diseases of the genitourinary     N00-N99           5.79
                   system
                   Chapter IV: Endocrine, nutritional and
              7.                                                  E00-E90           5.31
                   metabolic diseases
              8.   Chapter XI: Diseases of the digestive system   K00-K93           4.65

              9.   Chapter XVI: Certain conditions originating in   P00-P96         2.16
                   the perinatal period
              10.  Chapter VI: Diseases of the nervous system     G00-G99           2.01
            Nota: *berdasarkan underlying cause of death
                *berdasarkan 3-digit code grouping, ICD10
            P - permulaan
            Sumber: MyHDW Fixed Format Report, 2019 (seperti pada 31 Mei 2020).

            FASILITI KESIHATAN DAN PENGGUNAAN FASILITI

            Bilangan  hospital  KKM  pada  tahun  2019 masih  kekal  sebanyak 144 buah  hospital
            yang terdiri daripada 135 buah hospital dan 9 buah institusi perubatan khas dengan
            bilangan katil masing-masing sebanyak 38,131 dan 4,805 katil. Kadar penggunaan
            katil (Bed Occupancy Rate, BOR) untuk hospital dan institusi perubatan khas KKM
            pada 2019 adalah 70.01 peratus (Jadual 1.6).

            Terdapat sebanyak 1,027 Klinik Kesihatan, 1,771 Klinik Desa dan 87 Klinik Kesihatan
            Ibu dan Anak pada tahun 2019. Mulai 1 Januari 2019, nama Klinik 1Malaysia (K1M)
            telah ditukar kepada Klinik Komuniti (KKom) dan sehingga 31 Disember 2019, terdapat
            sebanyak 286 buah  KKom di  seluruh  negara telah beroperasi  dan  memberikan
            perkhidmatan kesihatan kepada penduduk.  Perkhidmatan yang disediakan oleh
            KKom  adalah  sama  seperti  K1M  yang  telah  diperkenalkan  pada  tahun  2010  yang
            menyediakan perkhidmatan perubatan  asas  bagi masalah kesihatan dan kecederaan
            ringan  yang  sering  dihidapi  oleh  komuniti  seperti  demam,  batuk,  selsema,  darah
            tinggi,  kencing manis dan luka.






        LAPORAN TAHUNAN
     8  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23