Page 18 - e-Buletin KKM November 2021
P. 18
15 MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI NOVEMBER 2021
PERSATUAN PERUBATAN MALAYSIA (MMA)
SUMBANG PERALATAN KESIHATAN KEPADA
PKRC
Bhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah,
Ketua Setiausaha (KSU)
Kementerian Kesihatan Malaysia
Y(KKM) telah hadir untuk menerima
sumbangan yang disampaikan oleh Persatuan
Perubatan Malaysia (MMA) pada 3 November
2021. Sumbangan yang telah disampaikan
oleh Dr. Koh Kar Chai, Presiden MMA dan
Encik Chris Lee, Ketua Pegawai Eksekutif
NeoScience Sdn. Bhd. Antara peralatan
kesihatan yang telah disumbangkan adalah
terdiri daripada 3 unit Philip Respironic V60
Ventilator, 10 set Bullard PAPR dan 25 unit
Philips Oxygen Concentrator. Peralatan
kesihatan tersebut telah disumbangkan dan
digunakan untuk pesakit-pesakit di Pusat
Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC)
Bersepadu MAEPS 2.0 di Serdang, Selangor.