Page 14 - e-Buletin KKM November 2021
P. 14
11 MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI NOVEMBER 2021
KONVENSYEN INTEGRITI NASIONAL 2021
(KIN 2021)
ada 9 November 2021, YB Timbalan
Menteri Kesihatan I, Dato’ Dr. Noor Azmi
Ghazali telah menyampaikan Ucap Utama
Pbertajuk “Integriti Keluarga Malaysia Dalam
Menghadapi Endemik” dalam Konvensyen Integriti
Nasional 2021 (KIN 2021) di Institut Integriti Malaysia,
Kuala Lumpur. Beliau menyarankan Keluarga
Malaysia bersedia untuk menempuh kehidupan
bersama COVID-19 dalam transisi fasa endemik
tidak lama lagi. Dalam menghadapi fasa endemik,
integriti atau disiplin Keluarga Malaysia perlu berada
pada tahap tertinggi untuk memastikan kes sentiasa
terkawal sekaligus tidak berlaku peningkatan secara
mendadak serta membabitkan kawasan besar.