Page 21 - e-Buletin KKM November 2021
P. 21
MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI NOVEMBER 2021 18
KKM KOMITED PASTIKAN BANGUNAN DAN SISTEM KEJURUTERAAN
FASILITI KESIHATAN KKM MEMENUHI STANDARD SERTA PIAWAIAN
YANG TELAH DITETAPKAN
elancaran Buku Prosedur Pengurusan
Projek Bangunan dan Infrastruktur
Fasiliti Kesihatan serta Jurnal
PPengurusan Projek telah dirasmikan
oleh YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua
Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) di Dewan Serbaguna, Ibu
Pejabat KKM, 26 Novmber 2021. YBhg. Dato’
KSU telah mengucapkan tahniah kepada
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM
terutamanya Sektor Implementasi Projek
kerana telah berjaya menghasilkan sebuah
buku prosedur yang akan dijadikan sebagai
panduan dan Standard Operating Procedure
(SOP) dalam pelaksanaan dan pengurusan
projek pembinaan dan naiktaraf fasiliti kesihatan
KKM.