Page 22 - e-Buletin KKM November 2021
P. 22
19 MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI NOVEMBER 2021
PROGRAM MOBILISASI VAKSINASI KOMUNITI
(MOVAK) 3.0
ada 7 November 2021, YBhg. Tan
Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham
Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan
Ptelah menyertai Program Mobilisasi
Vaksinasi Komuniti (MOVAK) 3.0 untuk
memberikan suntikan vaksin COVID-19 yang
kedua bagi remaja orang asli, serta vaksinasi
‘mopping-up’ kepada masyarakat orang asli
yang ketinggalan dalam Program Imunisasi
COVID-19 Kebangsaan (PICK). Program
MOVAK 3.0 menyasarkan seramai 2330
orang penerima dengan menggunakan sama
ada vaksin Cansino atau Comirnaty (Pfizer) di
kalangan orang asli dewasa manakala vaksin
Comirnaty (Pfizer) khusus bagi golongan
remaja. Dr. Noor Hisham berpeluang untuk ke
Kampung Dakoh, Pos Balar yang merupakan
salah satu dari tujuh pos pedalaman orang
asli di daerah Gua Musang. Pos Balar ini
mempunyai 10 buah kampung dengan
anggaran seramai 1069 penduduk dan
terletak lebih kurang 98 km daripada Gua
Musang. Akses yang sangat mencabar kerana
ketiadaan jalan yang berturap ke pos ini, boleh
mengambil masa sehingga enam jam untuk
sampai melalui jalan darat.