Page 20 - e-Buletin KKM November 2021
P. 20
17 MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI NOVEMBER 2021
PERKEMASKAN KESIAPSIAGAAN KKM
DALAM MENGHADAPI BENCANA
Bhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua
Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) telah menghadiri ‘Executive
YTalk’ anjuran Bahagian Pembangunan
Kompetensi, KKM bertempat di Thistle Resort, Port
Dickson, Negeri Sembilan pada 11 November 2021
yang lalu. Dalam penyampaian tersebut, YBhg. Dato’
KSU telah menggariskan kepentingan pendekatan
Whole of Government & Whole of Society dalam
pengurusan bencana dimana adalah amat penting bagi
KKM berkerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan
lain, pihak swasta, pihak NGO dan masyarakat dalam
menghadapi sebarang insiden bencana. Executive
Talk ini telah disampaikan kepada para peserta kursus
Pengurusan Bencana bagi Ketua-ketua Jabatan KKM.