Page 15 - e-Buletin KKM November 2021
P. 15
MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI NOVEMBER 2021 12
TIMBALAN
MENTERI
KESIHATAN 1 KE
KLINIK DESA PAYAS
PAYAS, SABAH
B Timbalan Menteri Kesihatan I, Dato’ Dr.
Noor Azmi Ghazali telah membuat lawatan
ke Klinik Desa Payas Payas, Sabah. Klinik
Yyang berusia 42 tahun, telah mengendalikan
perkhidmatan kesihatan di dua kampung iaitu
Kampung Payas Payas dan Kampung Kuala Abai.
Lebih kurang 65 orang datang ke klinik desa ini
sehari bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Menurut beliau, hasil perbincangan dengan Ketua
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Rose Nani,
pembaikan perlu dilakukan dengan kadar segera
dan akan berbincang dengan lebih lanjut mengenai
menaik taraf klinik desa ini sekurang-kurangnya
menjadi klinik kesihatan jenis 7 (type 7). YB Timbalan
Menteri Kesihatan I turut berkesempatan melawat
Klinik Kesihatan Tenghilan, Sabah.