Page 9 - e-Buletin Oktober 2018
P. 9
1 international nursing and health
st
sciences students’ conference
B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri
Kesihatan (YBTMK) telah merasmikan
1 International Nursing and Health
st
Y Sciences Students’ Conference
(INHSC) pada 1 Oktober 2018 di Fakulti Sains
Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam. Turut
hadir bersama ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abu
Bakar Abdul Majeed, Rektor UiTM dan YBhg.
Kolonel Dr. Amir Muhriz Abdul Latiff, Dekan
Fakulti Sains Perubatan UiTM.
Persidangan yang bertemakan The Power
of Connection and Collaboration in Nursing
& Health Care bertujuan untuk menunjukkan
kepentingan kerjasama antara jururawat
bersama penyedia penjagaan kesihatan
mencapai matlamat yang sama. YBTMK
dalam ucapannya menyatakan bahawa
kerajaan mengiktiraf jururawat berdaftar dan
akan terus memperuntukkan sumber untuk
memastikan jururawat KKM mengekalkan
piawaian dan sentiasa mempunyai
perkembangan terkini dalam perubatan
dan amalan kejururawatan. YBTMK turut
menyaksikan Majlis Menandatangani
Memorandum Persefahaman (MoU) diantara
Fakulti Sains Kesihatan dengan Menara
Optometry Sdn. Bhd dan Urehab Sdn. Bhd.
E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2018 06