Page 14 - e-Buletin Oktober 2018
P. 14
Lawatan Kerja
Ke Hospital Umum Sarawak
awatan kerja selama satu hari
pada 1 Oktober 2018 oleh YBhg.
Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min,
L Ketua Setiausaha (KSU) ke atas
Hospital Umum Sarawak pada 1 Oktober
2018 yang lalu telah diadakan bagi
meninjau perkembangan projek Cadangan
Menaiktaraf Hospital tersebut. Projek
ini melibatkan pembinaan Kompleks
Diagnostik & Rawatan Harian yang
dilengkapi dengan 7 bilik bedah dan Makmal
Patalogi, Tempat Letak Kereta Bertingkat
dengan lebih 1,800 ruang parkir dan Heli-
Pad serta Medic Hotel dengan kemudahan
sebanyak 160 bilik. Projek pembinaan ini
telah bermula pada bulan Februari tahun ini
dan dijangka siap pada tahun 2021. Pihak
JKR memaklumkan bahawa sehingga 25
September 2018 kemajuan fizikal projek
ini telah melebihi peratusan jadual yang
ditetapkan. Harapan saya agar momentum
ini dapat dikekalkan dan semua pihak
terlibat dapat berkerjasama menyelesaikan
sebarang isu berbangkit untuk memastikan
projek ini dapat disiapkan dalam masa yang
ditetapkan.
11 E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2018